Primadona Ku Wordpress Theme
Alhamdulillah. Akhirnya Wordpress Theme Primadona Ku dapat aku release kan pada tarikh 08/08/08
Untuk pengetahuan korang semua, ini versi 1.0 So, aku akan upgrade versi theme ni dari semasa ke semasa.
Bagaimana aku dapat inspirasi untuk design ni? Salah satunya ialah lagu yang ada dientry ini. Lagunya berjudul Primadona Dari Band The Times. Lirik lagunya amat menarik perhatian aku. Sejurus selepas mendengar lagu tersebut buat pertama kalinya idea pun datang. Terus aku dapat inspirasi untuk design theme Primadona Ku.
Apapun aku akan terus design lagi wordpress theme & aku ingin release theme yang aku design untuk didownload oleh bloggers2. Atau mungkin aku akan beli domain & develop web untuk koleksi wordpress theme? huhu. Tunggu saja
Peace & Banana~
Darkz05
Kembali
Alhamdulillah. Aku kembali. Cuti yang diambil telah dapat disempurnakan dengan jayanya. Heh, nak tau aku kemana semasa bercuti? Adakah aku bercuti ke luar negara? Mahupun ke luar negeri?
Aku berehat kat rumah saja. Kejadian “demam” pada minggu lepas memerlukan untuk aku berehat secukupnya. Kali ni aku tak sehat, yang tersayang ada disisi jaga aku
Well~ Kembali berblogs. Terima kasih untuk sahabat2 bloggers yang mendoakan aku cepat sembuh. Tak lupa juga yang suruh aku tambah lagi cuti, hihi
Pengalaman yang hebat juga la waktu aku demam kali ni. Sebabnya pada “first day” aku kena demam, aku berdegil juga nak pegi kerja (rajin KONONNYA). Sampai skit lagi nak accident masa aku drive. Tak pasal2 makcik tua tu kena ” __|__ ” dengan aku huhu. Takpela lagipun salah makcik tua tuh. Lenkali makcik jangan memandu secara brutal & sila bagi signal ya kalo nak belok~
Sampai office jer suhu badan aku bertambah panas. Mungkin sebab kejadian hampir accident tadi. Fuh~ teruk juga ni sampai kesejukan aircond kat office yang kebiasaannya sejuk pun tak dapat aku rasakan. So aku ambil cuti separuh hari. Pulang ke rumah.
PC Fair August 2008

Jadi pada keesokan harinya panas dibadan pun da sembuh. Tapi kepala aku still berat & pening. Macam tak mujarab pula kesan ubat kali ni. Kebiasaannya lepas makan ubat, insyallah aku sembuh keesokan harinya. Maklumlah susah nak kena demam. Bila da kena~ Lepak beb, huhu.
Jadi aku fikirkan apakah penawar yang terbaik untuk SEGERA sembuh. Kebetulan pula aku teringat ada PC Fair pada hari tersebut. Aku pun merasakan mungkin itu cara terbaik supaya aku tak layankan rasa sakit ni.
Dan HASILNYA lihat saja gambar diatas. PENAWAR untuk aku sembuh dari PENING aku beli lappy di PC Fair. Yearghhhh!!!!! TERUS SEMBUH. Haha.
Fuh~ Ini macam kalo aku demam lagi. Jangan la sampai PENAWARNYA yang macam ni : (more…)
Kurang sehat - perlukan penawar

Aku kurang sehat (lagi). Aku demam. Biasa lah, aku bukan jenis selalu kena demam. Bila da kena, fuh~ Memang lepak. Jadi mulai hari ini (khamis), Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin & Selasa aku cuti. Annual Leave lagi. Perlu rehatkan minda & janakan tenaga agar kembali sehat & segar sentiasa
*p/s: Nantikan 08/08/08 theme baru (harap dapat siapkan, huhuhu) akan disetkan default di Darkz05 Blogs. Nama theme baru “Primadona” ![]()








