Primadona Ku Wordpress Theme
Alhamdulillah. Akhirnya Wordpress Theme Primadona Ku dapat aku release kan pada tarikh 08/08/08
Untuk pengetahuan korang semua, ini versi 1.0 So, aku akan upgrade versi theme ni dari semasa ke semasa.
Bagaimana aku dapat inspirasi untuk design ni? Salah satunya ialah lagu yang ada dientry ini. Lagunya berjudul Primadona Dari Band The Times. Lirik lagunya amat menarik perhatian aku. Sejurus selepas mendengar lagu tersebut buat pertama kalinya idea pun datang. Terus aku dapat inspirasi untuk design theme Primadona Ku.
Apapun aku akan terus design lagi wordpress theme & aku ingin release theme yang aku design untuk didownload oleh bloggers2. Atau mungkin aku akan beli domain & develop web untuk koleksi wordpress theme? huhu. Tunggu saja
Peace & Banana~
Darkz05
Bila Aku Bersuara
Lama pula aku bercerita tentang kehidupan peribadi aku di blogs. Disebabkan aku takda benda nak diceritakan. Dengan takda idea pun satu hal juga. Mungkin juga pengujung blogs yang “majoriti” tak suka membaca kisah-kisah peribadi. Mungkin tertarik dengan kisah peribadi artis dan pelbagai isu yang lain. Well, itu normal bagi aku. Hak masing-masing.
Cuma kali ni ada mood untuk ceritakan kisah peribadi & isu lain:
Di office
Pada minggu lepas, seperti biasa bila aku sampai office dan ingin melayari internet tak bole access secara tiba-tiba. Damn! Sial! Babi dan beberapa kata-kata kesat dari staff-staff officemate aku. Mengamuk sakan pabila laman-laman web yang “best2″ tak boleh dilayari.
Rupa-rupanya staff network telah memutuskan talian “broadband screamyx”. Wow~ Satu penangan yang hebatnya nampaknya. Bertanyakan kepada staff network kenapa berbuat demikian. Jawapan yang “simple” & agak sakit hati: “bos da tak bagi guna talian broadband, sila pakai talian yang ditetapkan mengikut prosedur.
Untuk pengetahuan korang semua “talian yang ditetapkan mengikut prosedur” adalah satu talian (line) yang cukup hebat tentang keistimewaannya. Kenapa pula istimewa? Ini dia punya SALAH SATU kehebatan talian (line) tersebut:
1. Kelajuan lembab nak mampus (lebih baik pakai dail up jer)
2. Hampir kesemua website dalam DUNIA ni di block (abis tuh nak surf website APA?!)
3. Yahoo Messenger CONFIRM diblock. (siap sedia untuk uninstall)
Yang lain keistimewaan macam download2 lagu, movie, software & berkaitan tentang entertaiment pun CONFIRM TAK BOLE.
Ha! Lagi satu sebab kenapa tak bole pakai talian “broadband screamyx”, Yang ni aku baru tau rupa-rupanya bos network ada nampak sorang staff (makcik or kakak, sebab da berumur) download movie citer korea. Arghh! Kantoi la tuh. Apa la dorang ni download tak reti cover! Tak reti nak lock PC ke?!
Nampak sangat korang tak buat keja @ da takda keja. Aku sendiri pun takda terfikir nak download toorent kat office. Payah orang2 macam ni.Ada kemudahan tapi TAK PANDAI gunakan sebaiknya. Dah! AKu malas nak fikir! Pasni aku nak subscribe celcom broadband jer senang. Sendiri guna! Tak payah susah-susahkan diri kat office. (more…)
www.indiezine.net

www.indiezine.net - this is Malaysian indie blogs. Yup, akhirnya aku telah siapkan blogs terbaru yang dinamakan Indie Zine Dot Net!
Salah satu karya dari aku (lagi) heh.
Atas sebab-sebab “tertentu” Aku terpaksa rebranding (ayat aku ambil dari bro chot) kembali blogs Band Malaya menjadi blogs Indie Zine.
Apapun korang rajin-rajin singgah ya kat website Indie Zine. Sana aku share info tentang dunia hiburan indie tanah air. Kalo korang ada info tentang indie scene korang pun bole contact aku or jadi PENULIS disana. Ya! aku amat alu-alukan sekali
Ingat ya! Klik ke www.indiezine.net








