Movie: Ironman

Ok ok ok, FIVE STAR for Ironman The Movie! Apsal pulak aku kena bagi FIVE STAR ni kat filem Ironman?! Well korang pergi tonton sendiri di wayang. Dan JANGAN layan DVD or CD cetak rompak untuk tonton filem ini, RUGI! Sebab gambar tak clear jer huhuhu…
Permulaan citernya pun dimulakan babak meletup-letup (da agak!) Ada sedikit peniruan dalam beberapa babak semasa pengganas taliban membuat rakaman video bersama tebusan ( Robert Downey Jr a.k.a Ironman), cara membuat serangan (macam di iraq kot?) & beberapa babak yang kebiasaanya bangsa omputeh yang suka memburuk-burukkan orang arab nih.
Ok, back to review. Babak yang aku paling suka Semasa Robert Downey Jr a.k.a Stark @ Ironman ni merekacipta sut ironman. Step by step beb! So penonton akan faham jalan cerita kewujudan ironman ni.
Aku pun baru faham walaupun sebelum ni suka layan cartoon ironman versi lama hingga la ke versi baru. Sebab cartoon takda subtitle kat tv (masa zaman tuh la, haha) kat wayang ada subtitle
Watak musuh juga ada macam peniruan filem yang lain pula. Sebab apa aku kata begitu? Kalo korang pernah tgk citer robocop 1 (citer lama gak nih!) korang tau la. hehe. Musuhnya mesti jenis yg sama punya TAPI tubuhnya mesti lebih besar berbanding hero, huhu. Tetiba pula aku bole teringat.
Walaupun begitu, aku tetap bagi FIVE STAR @ LIMA BINTANG untuk filem Ironman ni. Apapun, selamat menonton kepada yang ingin menonton~ ![]()
Movie: Evolusi KL Drift

Filem: Evolusi KL Drift
Pelakon: Syamsul Yusof , Farid Kamil ,Fasha Sandha , Aaron Aziz , Diana Danielle , Iqram Dinzly
Terbitan: Skop Productions Sdn. Bhd. & Grand Brilliance Sdn. Bhd.
Malam semalam aku & girlfriend aku menonton filem Evolusi KL Drift. Inilah first time aku tonton filem pada hari pertama di pawagam (hari khamis). Ini first time juga aku review pasal filem kat blogs, selama ni tonton jer pastu malas nak citerkan kat sini. Tu yang bersarang blogs lama huhuhu.
Well, tepat jam 8.55 mlm aku masuk ke panggung. Kena pula dapat seat yang best view untuk menonton filem ni
Bagi aku filemnya begini: Start jer citer ni da mula dengan adengan racing-racing dan drift. Ada adengan kat disko. Jual estacy. Ada juga adengan ala-ala filem sembilu kasih huhuhu mungkin da jadi trademark agaknya sebab produser & pengarahnya hiks.
Ada juga part-part yang klaka. Bagus juga ada part yang menyelitkan unsur-unsur komedi tanpa perlu memanggil pelakon-pelakon pelawak. Korang kena tengok sapa yang buat part-part komedi, hahaha.
Tapi apa yang aku ingin ceritakan disini aksi-aksi drift yang dihasilkan pada filem Evolusi KL Drift ni memang real!!!!! Kalo korang peminat aksi-aksi drift kereta, korang mesti tengok!. Adengan Part Dirft paling best masa Zack (Syamsul Yusof) & Joe (Aaron Aziz) berlumba. Aku teruja sikit sebab filem-filem tempatan mengenai kereta yang pernah aku tonton sebelum ni, tak da la dapat buat aksi yang macam tu. Dan part yang aku sedih sket bila kereta yang Joe (Aaron Aziz) pandu tu bersepai. Bukan sebab dia (Joe) accident sebab kereta (aku tak pasti model apa kereta) tu, kuikuikui.
Untuk keseluruhan cerita ni aku bagi 3 BINTANG. Tapi kalo takda part yang macam ala-ala sembilu kasih tu aku tambah 1 lagi BINTANG. Hehe. Peace~ ![]()








