Bila Aku Bersuara Part2
Owh~ sudah lama aku tidak review tentang movie a.k.a cerita-cerita dipawagam. Last sekali aku review movie tentang Ironman. Lepas tu aku tak review lagi. Kenapa pula ya aku tak review movie lagi? Adakah aku tak pegi lepak kat wayang lagi? ohhhhhh~ Tidak sama sekali. Hampir tiap-tiap minggu aku pegi wayang dengan girlfriend aku seperti biasa
Cuma aku da BOSAN pergi pawagam-pawagam wayang kat tempat aku ni. Yes! I’m totally boring & piss off!!!! BORING! Sebut jer la movie yang pernah ditayangkan dipawagam. Hampir kesemuanya aku tengok. Movie Hulk, Journey to the Center of the earth, Meet Dave, Dark Night, Wanted dan macam-macam lagi la. Hampir kesemuanya citer luar negara (omputeh) yang aku tonton.

Aku boring bukannya sebab tonton movie tersebut. Cuma ada beberapa perkara yang aku TAK PUAS HATI kat pawagam-pawagam yang aku pegi ni. Ya sepertimana images yang aku design diatas ni mengenai POTONG. Apa pula yang potong ni? Sebenarnya tiap kali aku tgk satu movie mesti ada adengan yang kena potong. Itu potong! ini potong! what the fish POTONG-POTONG ni?! Bayangkanlah bila kita tengah syok tengok movie tu tetiba potong babak tersebut. Arghhh! mesti la mengeluh beb! Tiap2 kali mesti ada punya yang potong.
Bengang juga la kalo macam gini. Macamner la aku nak faham setiap jalan cerita movie yang aku tonton. Dan macam mana pula aku nak review movie kat blogs aku. Kan PAYAH tu. Kalo aku complain kat pekerja jual & koyak tiket wayang macam takde kena mengena pula. Bukan dorang pun yang buat keja edit a.k.a potong adengan pada filem tersebut. Complain kat Tukang Editing Movie pun buat apa. Dia cuma buat kerja dia je. Abis tu nak salahkan siapa?
Kesimpulannya! Kalo movie tersebut diratekan “U” (untuk tontonan umum) tapi ada adengan sket-sket seperti 18SG, 18SX, 18PA or 18PL tak payahlah ratekan “U”, rate saja lah untuk tontonan 18 tahun keatas. Ini tidak, edit sket adengan ni, potong adengan ni sampai penonton pun tak faham jalan cerita.
Dan movie untuk 18 tahun keatas pula pun ada adengan yang dipotong juga. Arghhh~ Tension siot. Lagi kalo ada adengan ganas, seram, dan sebagainya. Tengah syok-syok tengok dipotong juga! Haram Jadah betul! Wei! rugi la kalo macam tuh!
PERSOALANNYA kalo da tau MOVIE a.k.a FILEM tersebut tak sesuai disiarkan di pawagam yang berhampiran kenapa release juga?! WHY?! TOKEY PANGGUNG YANG UNTUNG penonton yang rugi! Semuanya berlaku di pawagam kat tempat aku.
Hmm… pergi pawagam kat KL jer yang best. Takde pun ada adengan potong-potong ni. Itu pengalaman aku la bila kesana. Tapi tak tau la kalo kat sana pun ada yang diedit juga sekarang ni. Apapun takkan aku nak ke KL setiap kali nak tengok wayang? huhuhu. No choice, mungkin kali ni aku perlu lebih hati-hati nak tengok movie yang ada dipawagam ni. Kaji content movie tersebut sama ada banyak potongan atau sebaliknya. Dan aku akan review movie semula bila takda adengan yang dipotong. Mungkin movie cartoon jer kot yang bole di review kat blogs aku sebab takda adengan potong-editing? Ceh~
Tunggu & Lihat jer la, huhu
Primadona Ku Wordpress Theme
Alhamdulillah. Akhirnya Wordpress Theme Primadona Ku dapat aku release kan pada tarikh 08/08/08
Untuk pengetahuan korang semua, ini versi 1.0 So, aku akan upgrade versi theme ni dari semasa ke semasa.
Bagaimana aku dapat inspirasi untuk design ni? Salah satunya ialah lagu yang ada dientry ini. Lagunya berjudul Primadona Dari Band The Times. Lirik lagunya amat menarik perhatian aku. Sejurus selepas mendengar lagu tersebut buat pertama kalinya idea pun datang. Terus aku dapat inspirasi untuk design theme Primadona Ku.
Apapun aku akan terus design lagi wordpress theme & aku ingin release theme yang aku design untuk didownload oleh bloggers2. Atau mungkin aku akan beli domain & develop web untuk koleksi wordpress theme? huhu. Tunggu saja
Peace & Banana~
Darkz05
Kembali
Alhamdulillah. Aku kembali. Cuti yang diambil telah dapat disempurnakan dengan jayanya. Heh, nak tau aku kemana semasa bercuti? Adakah aku bercuti ke luar negara? Mahupun ke luar negeri?
Aku berehat kat rumah saja. Kejadian “demam” pada minggu lepas memerlukan untuk aku berehat secukupnya. Kali ni aku tak sehat, yang tersayang ada disisi jaga aku
Well~ Kembali berblogs. Terima kasih untuk sahabat2 bloggers yang mendoakan aku cepat sembuh. Tak lupa juga yang suruh aku tambah lagi cuti, hihi
Pengalaman yang hebat juga la waktu aku demam kali ni. Sebabnya pada “first day” aku kena demam, aku berdegil juga nak pegi kerja (rajin KONONNYA). Sampai skit lagi nak accident masa aku drive. Tak pasal2 makcik tua tu kena ” __|__ ” dengan aku huhu. Takpela lagipun salah makcik tua tuh. Lenkali makcik jangan memandu secara brutal & sila bagi signal ya kalo nak belok~
Sampai office jer suhu badan aku bertambah panas. Mungkin sebab kejadian hampir accident tadi. Fuh~ teruk juga ni sampai kesejukan aircond kat office yang kebiasaannya sejuk pun tak dapat aku rasakan. So aku ambil cuti separuh hari. Pulang ke rumah.
PC Fair August 2008

Jadi pada keesokan harinya panas dibadan pun da sembuh. Tapi kepala aku still berat & pening. Macam tak mujarab pula kesan ubat kali ni. Kebiasaannya lepas makan ubat, insyallah aku sembuh keesokan harinya. Maklumlah susah nak kena demam. Bila da kena~ Lepak beb, huhu.
Jadi aku fikirkan apakah penawar yang terbaik untuk SEGERA sembuh. Kebetulan pula aku teringat ada PC Fair pada hari tersebut. Aku pun merasakan mungkin itu cara terbaik supaya aku tak layankan rasa sakit ni.
Dan HASILNYA lihat saja gambar diatas. PENAWAR untuk aku sembuh dari PENING aku beli lappy di PC Fair. Yearghhhh!!!!! TERUS SEMBUH. Haha.
Fuh~ Ini macam kalo aku demam lagi. Jangan la sampai PENAWARNYA yang macam ni : (more…)








