Bila Aku Bersuara Part2

Posted on:12th / August / 2008 | By: admin | Category: blogs

Owh~ sudah lama aku tidak review tentang movie a.k.a cerita-cerita dipawagam. Last sekali aku review movie tentang Ironman. Lepas tu aku tak review lagi. Kenapa pula ya aku tak review movie lagi? Adakah aku tak pegi lepak kat wayang lagi? ohhhhhh~ Tidak sama sekali. Hampir tiap-tiap minggu aku pegi wayang dengan girlfriend aku seperti biasa :D

Cuma aku da BOSAN pergi pawagam-pawagam wayang kat tempat aku ni. Yes! I’m totally boring & piss off!!!! BORING! Sebut jer la movie yang pernah ditayangkan dipawagam. Hampir kesemuanya aku tengok. Movie Hulk, Journey to the  Center of the earth, Meet Dave, Dark Night, Wanted dan macam-macam lagi la. Hampir kesemuanya citer luar negara (omputeh) yang aku tonton.

Aku boring bukannya sebab tonton movie tersebut. Cuma ada beberapa perkara  yang aku TAK PUAS HATI kat pawagam-pawagam yang aku pegi ni. Ya sepertimana images yang aku design diatas ni mengenai POTONG. Apa pula yang potong ni? Sebenarnya tiap kali aku tgk satu movie mesti ada adengan yang kena potong. Itu potong! ini potong! what the fish POTONG-POTONG ni?! Bayangkanlah bila kita tengah syok tengok movie tu tetiba potong babak tersebut. Arghhh! mesti la mengeluh beb! Tiap2 kali mesti ada punya yang potong.

Bengang juga la kalo macam gini. Macamner la aku nak faham setiap jalan cerita movie yang aku tonton. Dan macam mana pula aku nak review movie kat blogs aku. Kan PAYAH tu. Kalo aku complain kat pekerja jual & koyak tiket wayang macam takde kena mengena pula. Bukan dorang pun yang buat keja edit a.k.a potong adengan pada filem tersebut. Complain kat Tukang Editing Movie pun buat apa. Dia cuma buat kerja dia je. Abis tu nak salahkan siapa?

Kesimpulannya! Kalo movie tersebut diratekan “U” (untuk tontonan umum) tapi ada adengan sket-sket seperti 18SG, 18SX, 18PA or 18PL tak payahlah ratekan “U”, rate saja lah untuk tontonan 18 tahun keatas. Ini tidak, edit sket adengan ni, potong adengan ni sampai penonton pun tak faham jalan cerita.

Dan movie untuk 18 tahun keatas pula pun ada adengan yang dipotong juga. Arghhh~ Tension siot. Lagi kalo ada adengan ganas, seram, dan sebagainya. Tengah syok-syok tengok dipotong juga! Haram Jadah betul! Wei! rugi la kalo macam tuh!

PERSOALANNYA kalo da tau MOVIE a.k.a FILEM tersebut tak sesuai disiarkan di pawagam yang berhampiran kenapa release juga?! WHY?! TOKEY PANGGUNG YANG UNTUNG penonton yang rugi! Semuanya berlaku di pawagam kat tempat aku.

Hmm… pergi pawagam kat KL jer yang best. Takde pun ada adengan potong-potong ni. Itu pengalaman aku la bila kesana. Tapi tak tau la kalo kat sana pun ada yang diedit juga sekarang ni. Apapun takkan aku nak ke KL setiap kali nak tengok wayang? huhuhu. No choice, mungkin kali ni aku perlu lebih hati-hati nak tengok movie yang ada dipawagam ni. Kaji content movie tersebut sama ada banyak potongan atau sebaliknya. Dan aku akan review movie semula bila takda adengan yang dipotong. Mungkin movie cartoon jer kot yang bole di review kat blogs aku sebab takda adengan potong-editing? Ceh~

Tunggu & Lihat jer la, huhu

11 comments on “Bila Aku Bersuara Part2” post

  1. Comment #1
    Masy on August 12, 2008 at 9:10 pm

    klu yg dipotong tu benda2 yg memang tak patut tu lainlah cerita. tp mmg slalunya tak paham apekejadahnya yg dipotong sampai balik tu kene pk jalan cerita huhuh

  2. Comment #2
    Anysz Sengalnerdz on August 13, 2008 at 4:00 am

    setandet la wayang sekrang..
    potong sane sini *nanges

  3. Comment #3
    rakyatbiasa on August 13, 2008 at 8:21 pm

    assalamualaikum
    aku rase potong pon leh review gak adegan yg dipotong tu aku rase memang patut potong pon tak kirelah 18sx 18pl tapi kalu ade adegan sex tu memang aku sokong potong tak kireler dewasa dah tuo ker tapi cuma satu jer kdg yang potong filem dia potong filem tu macm tak bersih tu yg bleh serabut jln citer tu.heheheheheh

  4. Comment #4
    nazra on August 13, 2008 at 8:33 pm

    encik primadona, saya kasik anugerah utk anda. sila lah p ke blog saya eh ;)

  5. Comment #5
    najlaa raihana on August 14, 2008 at 3:15 am

    hehe..rilek la..ade sebab tuh kenapa derang potong2..nnt klu lagsung tak release kt panggung,kita taktau lak movie ape yg latest..kan lgik x bes tuh..nnt last2 kena tgk movie msia jek..huisshh ( x sanggup aku…wakaka..=p) ok2..skong la industri hiburan tempatan yek..!

  6. Comment #6
    emptyspace on August 14, 2008 at 5:38 am

    filem yg aku rase takde potong je aku tengok kat wayang.. lain2 sume aku donlot.. lambat sket takpe la.. janji tak kuar duit.. ape gune bayar streamyx..

  7. Comment #7
    admin on August 14, 2008 at 7:59 am

    to masy: tuh la. sbb tu yang saya bengang tu pasal nak kena pk balik citer tuh. kui3

    to Anysz: yup. standard wayang kat tpt kita jer. asyik2 potong.

    to rakyatbiasa: waalaikumusalam. bukan apa, kita da bayar tiket. patutnya kita dapat kepuasan menonton. customer always right. huhu

    to nazra: wah~ best la dapat anugerah. thanks nazra! :D

    to najlaa: hihi. support local movies. hihi :p

    to emptyspace: bro, aku nak cut streamyx lepas ni. aku nak pakai wifi jer. New brand beb “P1″ ;)

  8. Comment #8
    myadlan on August 14, 2008 at 9:18 am

    kdg2 lebih baik menonton torrent yg di download dr internet.. tiada masalah potong atau pun ditapis..

    malas da nk pegi wayang

  9. Comment #9
    maen on August 15, 2008 at 12:17 am

    kalau tak potong kena BAN nanti..haha

    bab romance kalau pak aji tgk pon balik naik nafsu dia..Lagi2 hindustan..

  10. Comment #10
    admin on August 16, 2008 at 5:36 am

    to myadlan: heh, ikut masing2. aku skang bukan online 2 hour kat PC. tu yang takda masa nak sedit guna torrent huhu 8)

    to maen: hahaha~ maen. haku pun tak layan hindustan~ tak bole blah siak citer hindustan ni. huahahaha~ :twisted:

  11. Comment #11
    deennasour on August 29, 2008 at 6:05 am

    salahkan lembaga penapisan filem, dorang punya kerja potong2 nih….erm klasifikasi tu pun diorang yang ltak gak,
    tapi tak silap aku, bila filem tu dihantar oleh penerbit filem kat satu2 tempat, akan isi orang, and borang tu nanti akan ada satu tempat kosong, utk klasifikasikan filem tu sg,sx.

    tu kalau tak silap aku la…





XHTML: You can use this tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Meta