WCIT 2008 - Exhibition
World Congress on Information Technology 2008
WCIT 2008 - Kuala Lumpur Convention Centre

Baru saja pulang dari WCIT 2008 kat KL. Aku pun tak tau pada mulanya rupanya lawatan kerja selama dua hari aku pergi sini. Nak cerita peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku disana pun tak terkata. Sebab penat. Lama tak jalan jauh. Biasa la bontot ni duduk office jer saja. Sesekali pun ok juga buat lawatan kerja. Lagipun lama tak naik bas. Dan lama tak out station luar negeri, huhu.
Banyak juga la free gift & stuff-stuff free yang ada kat sana. Aku suka lepak kat area pameran. Bagi aku la area pameran memang menarik. Yerla, ada banyak benda free huhu. Aku pun memang suka kumpul koleksi sebegini macam beg2, pin, button & macam-macam lagi sejak bekerja office ni
Da jadi salah satu hobi aku.
Ingat nak letak pic-pic yg aku snap kat blogs. Tapi tuh la, aku snap pakai HP jer. Gambar tak clear sangat. “Hati Panas” melihat pengunjung yang datang sana dari pelbagai negeri & negara memegang SLR yang canggih2 belaka. Aku pun teringin juga nak memggunakan kecanggihan SLR ni. Tapi sebelum tuh aku kena canggihkan PC aku ni dulu. Waaaaaa~ Suda lama PC ni. Nak edit pic guna photoshop kena banyak bersabar jer.
Jadi aku target nak beli PC & SLR dengan jana wang dengan blogs. Haha mana ada. Gurau jer. Tunggu masa yang sesuai, da “relax-relax” baru aku beli satu persatu dengan hasil pendapatan aku bekerja
Oh lupa, aku pun tgh busy study “music programming” ni. Lagipun aku da jumpa “source” untuk mempelajari IT + Music. Jadi aku kena mulakan langkah pertama. Sekadar tambah ilmu pengetahuan dan teruskan minat aku terhadap seni muzik. Memang muzik ni kira salah satu jiwa aku. Kekadang macam nak bawa gitar jer kat ofis. Jamming sampai punchout. Huhuhu…. Tu cuma sekadar angan-angan jer. Kang bos naik angin pulak hihi
Ok-ok sampai sini saja. Aku pun nak minta officemate2 aku gambar yang disnap pakai digital kamera dorang ni kat office nanti. Kalo sempat aku upload picture lagi.
OK, Bye~ ![]()









Bagus2..
Kadang2 kena jalan2 gak…
Asik duduk opis je
best ke? aku pun nak pergi la tghari nanti..
salam, new reader here,
best ka WCIT..hmmm..gw org IT pun xda lak semangat nak g…apa ada a? cakap2 je kan..
Sama la kita…
Suka kumpul gift² free..
He.. he..
aku dah pergi dgn mengumpul beberapa beg, pen, dan payung…hehe
Best woh~ lepak kat WCIT memang rugi tak kumpul free gift yg dorang bagi. Lepas WCIT ni aku lepak yg amat
nanti aku update blogs ok! 
minggu ni ade pameran interior design lak, mesti best giler ah. tp ntah sempat ke tidak laa nk pegi uhuhuhuhuhuhu~
Err ada apa kat WCIT tu? Tengok ada gak blogger2 dok sembang pasal event tu, tapi tak crita lak apa yg ada kat sana, huhu..
to masy: interior design punya pameran? silalah pegi ya. pamerannya dekat dengan tempat anda huhuhu.
to Bat: Ada apa kat WCIT? huk ala~ da lepas ar bro. Dia pameran IT jer. Kalo ko suka kumpul free stuff cth barang2 IT, memang best!
salam.
hehe.
link hg dh pn dmasukkan dlm bloggerz aku
thx !
ok peco. trimas bebanyaks. Selamat berblogs ok!
Takkan gambar tu je bro, mana lagi,tangkap pakai hp pon layan je, asal nampak